Air selusuh itu dibuat antaranya :
- Rambut diluruskan kedepan dahi dan menelan titisan air yang jatuh
- Air Hujan Malam Jumaat atau Air Zam Zam dibaca Yasin secara ramai2 dalam majlis tahlil
Secara peribadi, saya tidak pernah mengamalkan Air Selusuh. Malah di Forum pun ada membincangkan baik dan buruknya Air Selusuh :
http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t81165.html
Dan di al-ahkam
berkata "Amalan Air Selusuh atau Minyak Selusuh ini memang tiada riwayatnya didalam al-Quran mahupun hadith"
Malah kedua-duanya menyarankan supaya ibu-ibu mengandung makan kurma, yang mana kita sedia tahu memberi tenaga.
(jika anda membaca surah maryam ketika mengandung dan melihat terjemahannya, ada menyatakan yang demikian)
Sebenarnya banyak lagi cara untuk kita mengatasi kesakitan bersalin. Saya sendiri membawa MP3 berisi:
1. Surah Yaasiin, kerana ia mempunyai banyak fadhilat.
2. Surah Yusuf, agar mendapat anak yang saleh, sempurna dan mempunyai rupa paras yang elok.
3. Surah Luqman, agar mendapat anak yang taat kepada kedua ibubapa.
4. Surah Maryam.
5. Surah al-Ikhlas.
Dan alhamdulillah, hati tenang walaupun terpaksa C-Section (dan dengan kuasa Allah swt Pakar detect komplikasi pada saat awal dan anak saya terselamat)

0 comments:
Post a Comment